Follow
Dashboard
Story of Mine

Diary About Arlish Boutique Links


Disclaimer.


Hello earthlings !
Welcome to my Official Blog.
Hope you'll enjoy here !

italic strike underline bold




Tabung.





Tagboard.





Kafein!
Thursday, 1 March 2012 | 07:20 | 0 Strawberry.
Assalamualaikum..
Korang tau tak kelebihan kopi dan teh? Haa..harini saya nak bercerita sikit pasal kopi dan teh ni. Sekarang ni, ramai orang muda tak nak minum kopi dan teh terutama kopi =( Macam-macam alasan, kampung lah, hitam. Sebenarnya, kopi dan teh ni banyak kelebihannya..

Kalau korang nak tau, kopi mengandungi kafein (memang orang dah tau hehehe). Ok, kafein ni membantu korang untuk berpikir lebih cepat. Kalau tak percaya, cuba minum kopi atau teh 15 minit atau 30 minit sebelum korang melakukan sesuatu kerja. Kafein ni mampu untuk bagi signal kt otak untuk cepat respon pada sesuatu tindakan =)

Selain itu, kafein jugak dapat mencegah gigi berlubang. Joe Vinson, Ph.D., dari University of Scranton telah mengkaji dan telah menjelaskan kafein ni dapat mencegah bakteria pada gigi..macam pelik sikit kan hehehehe

Penyelidikan telah memutuskan bahawa kafein yang terdapat dalam kopi atau teh (dalam jumlah tertentu) boleh mengurangkan sakit kepala..hurmmm.. Mnurut Seimur Diamond, M.D., dari Chicago’s Diamond Headache Clinic,pesakit migrain,kategori ringan dapat dirawat dengan secawan kopi pekat atau secawan black tea. Jadi, sebelum mengambil ubat tahan sakit, apa kata korang  cubalah dulu minum minuman berkafein (*-*)

Satu fakta mengenai kafein yang mungkin ramai tidak tau. Kafein jugak boleh 'menenangkan' pesakit asma dengan melebarkan saluran bronkial yang menghubungkan tekak dan peparu.

Kafein dapat membuat badan tidak cepat letih, boleh melakukan aktiviti fizikal dalam jangka masa yang lama, sebab kafein membuat “bahan bakar” yang digunakan oleh otot lebih lama. Sekali gus,dapat membakar lemak dan menguruskan badan!!!



Kafein mampu meningkatkan rasa riang, membuat kita merasa lebih segar dan bertenaga (macam iklan air isotonik plak).
Wanita yang minum dua cawan kopi atau lebih sehari dapat mengurangi risiko osteoporosis
.
So, kafein ni tak la seburuk yang disangkakan  =)

Labels:







Older Post | Newer Post