
![]() Disclaimer. Welcome to my Official Blog. Hope you'll enjoy here ! Tabung. Tagboard. ![]() |
AMARAN TSUNAMI DITARIK BALIK
Wednesday, 11 April 2012 | 07:42 | 0 Strawberry.
Amaran tsunami ditarik balik sekitar Lautan Hindi BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan perairan barat Indonesia. Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang tadi.Penduduk di kawasan bandar persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal.Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama. Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia. Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini. -Berita Harian Online Labels: amaran tsunami ditarik balik |