
![]() Disclaimer. Welcome to my Official Blog. Hope you'll enjoy here ! Tabung. Tagboard. ![]() |
TSUNAMI 11 APRIL 2012
Wednesday, 11 April 2012 | 07:24 | 0 Strawberry.
Assalamualaikum... From : http://www.anakulucheka.com/terkini-gempa-bumi-di-acheh-amaran-tsunami-di-keluarkan/#ixzz1rk2B7nqF ![]() Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh pada jam 4.38 petang (Waktu Malaysia). Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Orang ramai diminta menjauhi kawasan pantai sehingga amaran Tsunami ditarik balik. Gegaran tersebut turut dirasai di Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. Video Gempa Bumi Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer. Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters. Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri. Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer.
Update: Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU. Jauhkan dari pantai. ![]() Tanda-tanda berlakunya tsunami: Berlakunya gempa bumi di dalam laut. Air secara tiba-tiba surut dengan mendadak. Haiwan dan burung secara tiba-tiba ‘lenyap’ dari pandangan. Gegaran dan hayunan yang kuat sekitar pantai. Langit cerah tetapi terdengar ada bunyi kuat seperti deruman kenderaan. Hendaklah kita yakin bahawa tidak akan berlaku sesuatu musibah itu kecuali dengan kehendak Yang Maha Pencipta. Perbanyakkanlah sabar ketika menghadapi musibah dari Allah. Labels: tsunami 11 april 2012 |