
![]() Disclaimer. Welcome to my Official Blog. Hope you'll enjoy here ! Tabung. Tagboard. ![]() |
DIY : EYE LASHES
Friday, 11 May 2012 | 08:11 | 0 Strawberry.
Assalamualaikum..
Dah lama saya tak update blog..busy sikit dengan macam-macam assignment yang memeningkan kepala huhuhuhu
Cantik kan bulu mata dalam gambar tu hehehe entry kali ini khas untuk mereka-mereka yang nak bulu mata lebat dan lentik tapi tak perlu pakai bulu mata palsu..kata orang ilmu perlu dikongsi tapi saya disclaim awal-awal, saya tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah..cubaan atas risiko sendiri =)
Mesti semua kenal pokok kat atas ni kan..aloe vera ni banyak khasiatnya dan salah satu ialah boleh melebatkan dan melentikkan bulu mata..so, tak payah la habis kan duit beli maskara mahal-mahal tu..cara ini natural, tiada campuran kimia..guna yang fresh lagi bagus..tapi kesannya lambat sikit, tak de la secepat mascara Maybelline tu..kena sabar dan tawakkal =) So, cara-cara nya, ambil lendir aloe vera tu letak pada bulu mata.. macam pakai mascara tapi be careful, jangan sampai masuk dalam mata..bagi sesetengah orang akan rasa pedih sikit sebab tak tahan dengan aloe vera ni..dah kering, basuh..simple kan? Amalkan selalu..buat sekali memang tak menjadi..
SELAMAT MENCUBA!!!!
AMARAN TSUNAMI DITARIK BALIK
Wednesday, 11 April 2012 | 07:42 | 0 Strawberry.
Amaran tsunami ditarik balik sekitar Lautan Hindi BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan perairan barat Indonesia. Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang tadi.Penduduk di kawasan bandar persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal.Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama. Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia. Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini. -Berita Harian Online Labels: amaran tsunami ditarik balik TSUNAMI 11 APRIL 2012
| 07:24 | 0 Strawberry.
Assalamualaikum... From : http://www.anakulucheka.com/terkini-gempa-bumi-di-acheh-amaran-tsunami-di-keluarkan/#ixzz1rk2B7nqF ![]() Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh pada jam 4.38 petang (Waktu Malaysia). Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Orang ramai diminta menjauhi kawasan pantai sehingga amaran Tsunami ditarik balik. Gegaran tersebut turut dirasai di Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. Video Gempa Bumi Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer. Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters. Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri. Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer.
Update: Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU. Jauhkan dari pantai. ![]() Tanda-tanda berlakunya tsunami: Berlakunya gempa bumi di dalam laut. Air secara tiba-tiba surut dengan mendadak. Haiwan dan burung secara tiba-tiba ‘lenyap’ dari pandangan. Gegaran dan hayunan yang kuat sekitar pantai. Langit cerah tetapi terdengar ada bunyi kuat seperti deruman kenderaan. Hendaklah kita yakin bahawa tidak akan berlaku sesuatu musibah itu kecuali dengan kehendak Yang Maha Pencipta. Perbanyakkanlah sabar ketika menghadapi musibah dari Allah. Labels: tsunami 11 april 2012 |